VGT turbo ini adalah sejenis turbo yang boleh melaraskan aliran udara mengikut kelajuan (RPM) enjin. Kelebihan turbo ini adalah ia boleh menghasilkan boost pada rpm rendah. Turbo biasa akan mula menghasilkan boost di sekitar 4000 rpm, tetapi VGT turbo boleh mula menjana boost pada sekitar 2000 rpm. Ini bermakna enjin akan semakin berkuasa disamping penggunaan minyak yang minimum.

Gambar di sebelah menunjukkan keadaan ketika rpm enjin rendah. Sebuah actuator yang berfungsi mengawal kedudukan sirip supaya aliran angin ekzos memancit tepat pada bilah kipas turbo supaya kipas tersebut berputar pada putaran optimum.

Bila dalam rpm tinggi actuator akan menolak sirip dan memberi bukaan kepada angin ekzos melaluinya.
Atas kelebihan ini VGT mula menjadi pilihan. Antara yang menggunakannya adalah Hyundai Starex dan Nissan Navara.
Namun terdapat beberapa kelemahan menggunakan turbo ini iaitu ia tidak dapat menahan suhu yang terlampau tinggi daripada pembakaran enjin petrol sebab itu hingga ke saat ini hanya kenderaan yang berenjin diesel.